The way i choose.

Tuesday, 26 April 2011

Adab Berpakaian Menurut Islam

Adab berpakaian menurut Islam Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana
pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. ISLAM tidak
menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah ataudi luar ibadat.
Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai
dengan akhlak seorang Muslim. Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab
berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu: 1. Menutup aurat AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah
daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah,
tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat."
(Bukhari) 2. Tidak menampakkan tubuh PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak
memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh
merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua
golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti
ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai
pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yangtunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium
daripada jarak yang jauh." (Muslim) 3. Pakaian tidak ketat TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan
bentuk tubuh badan 4. Tidak menimbulkan riak RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa
yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada
hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai
pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat
nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah) 5. Lelaki, wanita berbeza MAKSUDNYA
pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah
SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk
wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan."
(Bukhari dan Muslim) Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita
dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim). 6. Larangan pakai sutera ISLAM
mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu
memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidakdapat memakainya di
akhirat." (Muttafaq 'alaih) 7. Melabuhkan pakaian CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya
dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga
dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59) 8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat
disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah
pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie
dan al-Hakim) 9. Larangan memakai emas TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah
barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini
umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk
berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai. Semua ini amat
bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki
memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita." 10. Mulakan sebelah
kanan APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim
meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala
keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau
seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan
sebelah kiri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan
dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang
kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat
Muslim). 11. Selepas beli pakaian APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau
yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya,
aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat
untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah". 12. Berdoa KETIKA menanggalkan
pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku
dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan
Dia. "Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut
tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat
adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.?

No comments: